Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT 

Para pelanggan dinasihatkan untuk memahami segala terma dan syarat sebelum membuat sebarang pesanan atau pembelian produk D’Jue Wellness. Pihak syarikat akan menganggap pelanggan bersetuju tanpa paksaan selepas transaksi pembelian dibuat.

PEMULANGAN DAN PERTUKARAN PRODUK

1. Tiada pemulangan produk bagi pelanggan yang Berjaya membuat pembelian produk melalui website

2. Jika ada sebarang kerosakan terhadap produk yang diterima, pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab . Semua barang adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan baik sebelum dipos oleh pihak kami. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan produk atas apa jua sebab semasa proses penghantaran oleh Pihak Perkhidmatan Kurier.


3. Sekiranya kecuaian berlaku daripada pihak syarikat, pelanggan diwajibkan untuk mengambil gambar kesilapan produk yang diterima beserta gambar invoice pembelian berchop "Quality Control Checked" yang diterima dalam tempoh 24 jam dari tarikh barang diterima dan emelkan kepada syarikat di [email protected] . Kos pemulangan dan penghantaran semula produk perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak pelanggan sendiri.

 

4. Penghantaran produk baru akan dibuat selepas pihak syarikat menerima dan berpuas hati dengan keadaan pemulangan produk dari pihak pelanggan.

 

5. Sekiranya berlaku penipuan untuk mendapatkan kembali pulangan wang tanpa disertakan bukti-bukti yang diminta, pihak kami berhak membuat Laporan Polis dan Tribunal Pengguna bagi mengambil tindakan ke atas pembeli yang menipu.

 

   6. Kami memerlukan 1 hingga 7 hari waktu bekerja (untuk kawasan Sabah dan Sarawak atau 3 hingga 5 hari masa bekerja diperlukan) untuk memproses tempahan pelanggan. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad maka hari Isnin dikira hari pertama. Walaubagaimana pun kami akan memastikan dan cuba untuk memproses pesanan anda secepat mungkin selepas pembayaran telah dibuat.


7. Sekiranya berlaku dimana ketiadaan stok produk selepas membuat pembayaran, maka kami berhak dalam memberi pilihan kepada pelanggan kami menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru.

8. Sila pastikan alamat yang diberikan adalah wujud dan sah juga ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, pelanggan dikehendaki menuntut barang di pejabat Perkhidmatan Kurier yang berkaitan
. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya butiran yang diberikan tidak tepat.

 

Terma & Syarat diatas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan perlu menyemak Terma & Syarat Djue Wellness ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.

Top of Form

Bottom of Form