Siapa Dr Jue?



Founder story

 

Founder D'Jue wellness adalah Dr Siti Juariah bt Kusni. Di lahirkan di Sungai Besar Selangor pada 21/4/1962

Seorang Doktor perubatan yang tamat pengajian dalam ilmu perubatan dari Univesiti Kebangsaan Malaysia pada bulan Ogos 1987.

Dr jue bekerja di hospital kerajaan selama 7 tahun sebelum mengambil keputusan untuk membuka klinik sendiri pada bulan bulan March 1993.

Klinik Pertama Dr jue di daftarkan dengan nama Pusat Perubatan Keluarga dan terletak di No 93 dan 95 , jalan segamat, taman Sentosa, Labis johor.

Pusat perubatan keluarga bertukar nama pada Poliklinik penawar pada tahun 2015

 

Pada tahun 2011, Dr Jue telah di sahkan oleh Hospital Tawakkal Kuala lumpur mengidap penyakit autoimmune iaitu Rheumatoid Arthritis.

Dr Jue mengambil beberapa ubat termasuk ubat cytotoxic dan steroid untuk merawat penyakitnya. Setelah setahun mengambil ubat Dr jue telah mendapat kesan samping dari ubat2 yang di ambil juga kesan dari penyakitnya yang tidak terkawal. Dr jue mendapat masaalah bengkak hati,gastrik dan GERD yang terok, Obesity, migraine yang teruk, type 2 diabetes, Allergic Rhinitis juga Prolapse dics yang semakin teruk.

Dr jue mengambil keputusan untuk berhenti dari mengambil semua ubat2 dan penyakit Autoimmune nya menjadi tersangat teruk sehingga menyukarkan Dr jue untuk berjalan dan terpaksa di tolak dengan kerusi roda untuk berjalan di tempat2 awam.

 

Semasa memikirkan penyelesaian tentang semua masaalah penyakit yang di idapi, dr jue telah belajar tentang perubatan Functional iaitu perubatan holistik untuk merawat setiap penyakit kronik dengan melihat semua punca dan akar umbinya.

Dr jue mendalami ilmu perubatan ini melalui kelas2 online dari dalam dan luar negara.

Dr jue juga belajar perubatan alternatif iaitu tentang Bekam dan Accupuntur dari pakar2 perubatan akternatif seperti Professor Dr Aziz Safii dan juga Doktor2 dari luar negara seperti Dr Boby Feisal.

Dr jue merawat penyakitnya menggunakan pendekatan Functional dan perubatan alternatif dan berjaya mengawal penyakitnya sehingga boleh aktif bekerja seperti biasa.

Pengalaman Sepanjang tempoh merawat pesakit di klinik Dr jue melihat pelbagai pesakit yang mengidap penyakit Kronik terutamanya penyakit diabetes semakin lama semakin ramai. Pesakit Diabetes tiada kesudahan penyakitnya. Semakin di rawat ubat2 semakin meningkat dosenya di sebabkan kebal pada ubat dan pesakit mengakhiri hidup mereka dengan mendapat perbagai komplikasi dari penyakit diabetes seperti stroke, sakit jantung, sakit buat pinggang kronik dan masaalah urat saraf yang membawa kepada kehilangan kaki.

 

Dari pengalaman sendiri mengawal penyakit kronik menggunakan pendekatan perubatan functional iaitu dengan mengubah gaya hidup dan modifikasi diet, Dr jue mula menggunakan cara itu pada pesakitnya.

Dr jue mula berkongsi tentang masaalah2 penyakit kronik dan cara mengawalnya secara semulajadi dan secara holistik dalam facebook dan youtube sehingga Dr jue dikenali ramai oleh masyarakat umum Malaysia.

 

D'jue wellness di tubuhkan dengan mewujudkan perkhidmatan coaching pesakit kronik terutama pesakit diabetes, pusat rawat alternatif dan juga menjual produk2 sihat untuk pesakit2 yang memerlukan modifikasi diet untuk mengawal atau menyembuhkan penyakitnya.

 

Visi Djue wellness adalah untuk fokus pada membantu 100,000 pesakit diabetes supaya tidak lagi bergantung pada ubat pada tahun 2030